Tuesday, 22 June 2010

Khidmat Perundingan Kami

Kami syarikat bumiputra yang berpusat di Negeri Johor memberikan perkhidmatan membina rumah baru, pengurusan ubahsuai rumah dan pejabat. Dengan pengalaman melebihi 10 tahun dan mahir dalam pengurusan dokumentasi Pinjaman Perumahan dari Bahagian Perbendaharaan Pinjaman Perumahan (BPPP), Kementerian Kewangan.

Kini kami menyediakan satu pakej mudah bagi kakitangan kerajaan khususnya dalam membantu anda menguruskan segala urusan sehingga kerja-kerja pembinaan selesai sepenuhnya.

PerkhidmatanYang Disediakan:

- Penyediaan Sebutharga dan kos projek (Ubahsuai & Bina Banglo)
- Penyediaan pelan arkitek
- Penyediaan pelan kejuruteraan (jika perlu)
- Permohonan Penilaian Dari Jabatan Perkhidmatan Penilaian Harta (JPPH)
- Permohonan kelulusan pelan dari PBT
- Menyediakan perjanjian guaman (S&P) bagi menjaga kepentingan kedua pihak.
- Permohonan Kelulusan Pinjaman Bina Banglo / Ubahsuai Rumah dari BPPP
- Pengurusan Pembinaan A to Z

Hubungi Kami :
Hj Mos - 017 7356391
hjmoshomeplanner@gmail.com

Usefull Link - Pinjaman Peerumahan Kerajaan (BPPP)

Info Bahagian Pinjaman Perumahan Kerajaan (BPPP)

1) Laman Web Rasmi Bhg Pinjaman Perumahan - http://bpp.treasury.gov.my/web/
2) Carta Alir proses pinjaman - http://bpp.treasury.gov.my/web/
5) Semakan Status Bayaran Balik Oleh Peminjam - http://pinjaman.treasury.gov.my/terimaan/terima.php
6) Semakan Baki Pinjaman - http://pinjaman.treasury.gov.my/baki.php
7) Semakan Status Permohonan - http://pinjaman.treasury.gov.my/proses/proses.php

SYARAT PINJAMAN UBAHSUAI DARI BAHAGIAN PERBENDAHARAAN PINJAMAN PERUMAHAN MALAYSIA


1.
Syarat-Syarat Asas
Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
Warganegara Malaysia
Borang permohonan dikemukakan 6 bulan sebelum bersara/tamat perkhidmatan
Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
Telah disahkan dalam jawatan
Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib

2. Syarat-Syarat Pinjaman/Pembiayaan Bagi Pembelian Harta Kedua



Melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2005 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari, 2006,  semua  Anggota Kerajaan yang telah selesai hutang pinjaman pertama adalah dibenarkan membuat permohonan pinjaman perumahan untuk membeli harta kedua bagi semua jenis Pinjaman Perumahan Perbendaharaan (Jenis I, II, III, IV dan V ) tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut : 
(i)
Kelayakan pinjaman harta kedua adalah seperti berikut:-
(a)
Pegawai bertaraf jawatan tetap dan berpencen

Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama dan tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% dari anggaran  pencen yang akan diterima

Bagi menentukan kelayakan pinjaman berdasarkan ansuran bayaran balik tidak melebihi 50% dari pencen, kaedah pengiraan pencen adalah seperti berikut :-
      1 _     X   Gaji pokok semasa X 300 bulan.
     600
(b) 
Pegawai bertaraf jawatan tetap dan mencarum kepada KWSP.
Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama.
(ii)
Bayaran Wang Proses adalah RM 2.00 bagi setiap RM 1,000 pinjaman yang dipohon tertakluk kepada  tiap-tiap ribu ringgit  yang hampir ( RM 500 dan ke atas dikenakan tambahan RM 2.00 )
(iii)
Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 20 tahun bagi peminjam yang berpencen.  Bagi peminjam yang mencarum kepada KWSP pula tempoh bayaran balik adalah terhad  kepada umur persaraan wajib.
(iv)
Bagi pinjaman jenis IV ( Pembelian tanah untuk tujuan mendirikan rumah di atasnya ) kelayakan maksima  adalah tidak melebihi 50% dari kelayakan semasa dan tempoh maksima bayaran balik adalah 10 tahun
(v)
Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman.
(vi)
Kadar faedah Bayaran Balik Pinjaman adalah 4% setahun.
(vii)

Permohonan hendaklah sampai ke BPP tidak lewat dari 6 bulan sebelum tarikh persaraan bagi peminjam yang berpencen sahaja.
(viii)

Borang setuju terima pinjaman hendaklah dilengkapkan dan dikembalikan kepada BPP dalam tempuh (3) bulan dari tarikh surat kelulusan pinjaman dikeluarkan.  Sekiranya borang tersebut tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan kelulusan pinjaman perumahan tersebut akan ditarik balik / dibatalkan secara automatik.
(ix)

Syarat-syarat dan peraturan lain sepertimana yang terkandung di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10/94 dan Bil.6/95 masing-masing dan pindaan-pindaan kepada kedua-kedua nya adalah tidak berubah dan masih berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
3.
Syarat-Syarat Pinjaman/Pembiayaan Bagi Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah
(i)
Permohonan membuat pinjaman / pembiayaan untuk kerja-kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan  bagi harta yang telah dibeli melalui pinjaman / pembiayaan perumahan perbendaharaan sahaja.
(ii)
Permohonan hanya boleh dibuat selepas 5 tahun dari tarikh surat kelulusan bagi pinjaman / pembiayaan Jenis 1 dan Jenis V ATAU 5 tahun dari tarikh pengeluaran bayaran 95% / 100% dikeluarkan bagi pinjaman / pembiayaan Jenis II dan Jenis III.
(iii)
Pemohon atau ‘spouse‘ ( bagi pinjaman / pembiayaan bersama ) yang masih mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman / pembiayaan tidak layak dipertimbangkan.
(iv)
Permohonan pinjaman / pembiayaan bagi kerja-kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan sekali sahaja.
(v)
Amaun pinjaman / pembiayaan adalah perbezaan di antara kelayakan semasa (mengikut gaji hakiki) dengan amaun yang telah diambil atas pembelian harta terdahulu, tidak termasuk Perlindungan Takaful / Insurans Gadaijanji dan Pemilik Rumah.
(vi)
Bagi pemohon yang memilih  skim jawatan tetap dan berpencen, tempoh maksima bayaran beliau adalah tidak lebih dari 25 tahun.
(vii)
Bagi pemohon yang memilih skim jawatan tetap dan mencarum KWSP, tempoh maksima bayaran balik adalah baki tempoh berkhidmat sebelum tarikh umur persaraan wajib.
(viii)
Pemohon hendaklah melantik Pemegang Pertaruhan dengan mengemukakan Akujanji Pemegang Pertaruhan seperti Format Borang 4A/2000 ( Kes Assignment) atau 4B/2000 ( Kes Gadaian ).
(ix)
Pemohon hendaklah mengemukakan Laporan Penilaian kepada Pejabat Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan di mana harta berada mengikut Format Borang 1/2000.
(x)
Jika Hakmilik telah dicagarkan kepada mana-mana Institusi Kewangan selain daripada Kerajaan Malaysia sebagai Pemegang Gadaian kedua, pemohon perlu mendapat surat pengesahan daripada Institusi Kewangan berkenaan terlebih dahulu yang bersetuju untuk menangguhkan gadaian bagi membolehkan Kerajaan Malaysia didaftarkan sebagai Pemegang Gadaian Kedua dan institusi kewangan berkenaan sebagai Pemegang Gadaian Ketiga.
(xi)
Bagi Kes Assignment, jika Hakmilik Individu / Strata telah dikeluarkan, pinjaman / pembiayaan untuk kerja-kerja ubahsuai rumah hanya boleh dipertimbangkan setelah Hakmilik Individu / Strata dipindahmilik kepada nama peminjam / penerima biaya dan digadaikan kepada Kerajaan Malaysia.
(xii)
Bagi kes bayaran balik pinjaman / pembiayaan perumahan yang sedia ada yang belum lagi diselesaikan sepenuhnya, skim pinjaman / pembiayaan sama ada SPPP atau SPPPI hendaklah mengikut skim pinjaman / pembiayaan yang sedia ada.
(xiii)
Kerja-kerja ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman / pembiayaan dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan.
(xiv)
Permohonan ubahsuai rumah bagi pembiayaan bersama (SPPI), hendaklah dipohon secara bersama oleh suami isteri.
(xv)
Permohonan hendaklah sampai ke Bahagian Pinjaman Perbendaharaan ( BPP) tidak lewat dari enam (6) bulan sebelum tarikh bersara bagi pemohon yang memiliki skim jawatan tetap dan berpencen.
(xvi)
Tawaran pinjaman / pembiayaan hanya berkuatkuasa selepas peminjam / penerima biaya menyempurnakan Borang Setuju Terima Pinjaman / Pembiayaan (Lampiran E) dan dikembalikan kepada BPP
(xvii)
Pinjaman kerja-kerja ubahsuai tidak dibenarkan untuk pembelian ataupun pembinaan aksesori rumah.
4.
Jenis-Jenis Pinjaman /Pembiayaan
5.
Kelayakan Pinjaman/Pembiayaan
Sila pastikan bahawa AMAUN KELAYAKAN pinjaman/pembiayaan adalah berdasarkan kepada   GAJI HAKIKI SEMASA permohonan
Amaun pinjaman/pembiayaan yang ditawarkan adalah berdasarkan pada amaun terendah diantara kelayakan/harga rumah/bakihutang bank @ laporan penilaian.