Monday 31 December 2012

Video Teknik RP. Bagaimana ia digunakan?



Beginilah RP digunakan, ianya mudah, cepat dan menjimatkan masa dan wang.

Friday 21 December 2012

Apa itu yang di katakan Keadah Roslee Pillar (RP)


Roslee Pillar (RP) adalah satu bahan binaan berasaskan simen dan fiber .RP ini telah direka dan dipatenkan oleh Hj. Roslee ali pada tahun 2004 dan memperolehi geran paten pada tahun 2009. Selain dari memperolehi paten dengan nama Roslee Pillar, bahan ini juga mempunyai cap dagangan (Trademark).

Bahan binaan RP adalah satu bahan binaan 3 dalam 1 iaitu column, beam dan wall  dibuat dari satu bahan , Cuma saiz nya diubah mengikut keperluan  column, beam dan wall tersebut. Bangunan menggunakn RP  tiada penggunaan formwork ketika membuat kerangka bangunan dan tiada penggunaan batu bata untuk membina dinding.  Penggunaan RP juga boleh digabungkan dengan bahan binaan batu bata, dalam hal ini RP digunakan untuk membina column dan beam  manakala  dinding dibina dari batu bata.

Konsep yang terhasil dengan menggunakan RP . Mudah, Murah, Ringan, Cepat, Kukuh,  Kemas, Mesra  Alam  dan  untuk keselamatan ketika berlakunya  Gempa bumi. Dengan wujudnya konsep tersebut,  InsyaAllah  inilah  salah satu bahan binaan yang perlu diguna pakai dalam pembinaan masa kini dan hadapan. Untuk mengubah persepsi dan minda dari penggunaan bahan binaan konvensional kepada bahan binaan terkini memerlukan promosi dari masa ke semasa.


Sijil SIRIM dan CIDB


Contoh rumah guna RP

Dinding guna RP
Tiang guna RP

Contoh rumah lain guna RP
Asrama / Sekolah





Thursday 13 December 2012

Bina Rumah Guna Teknik Roslee Pillar

Keadah pembinaan yang terkini , murah, cepat, mesra alam dan menjimatkan kos struktur asas.

Ini adalah beberapa contoh rumah yang menggunakan keadah tersebut;