Banyak yang perlu anda fikirkan sebelum membuat keputusan untuk membina rumah. Mari kita lihat dan teliti perkara-perkara berikut:
1. Lokasi
Lokasi ok ka ? pinggir bandar ?..tepi tasik ? atas bukit ? bawah bukit ? tepi sungai? Perkara2 macam ni perlu diambil kira supaya pelaburan anda untuk membeli rumah tidak sia-sia. Perlu difikirkan juga jarak dan laluan ke tempat kerja. Jarak yang tidak terlalu jauh dan laluan yang akan digunakan itu nanti ada banyak halangan seperti trafic jam, lintasan keretapi dan sebagainya.
2. Siapa Pemaju
Bab ni paling penting.Kita kena tau pemaju tu Syarikat yang Established atau tak. Jangan kena pemaju BlackList sudah.Tak pasal2 kita pening kepala...loan dah jalan rumah tak siap2...Anda boleh semak dengan Agensi Bertanggungjawab untuk mengetahui status pemaju.
3. Kedudukan Kewangan
Kewangan kita ok atau ko.Sendiri Mau ingat.Ukur baju di badan sendiri.Kalau anda hanya mampu beli rumah sekitar RM 980000..dah kira ok la tu.Jangan gatal tangan plak beli rumah yang berharga RM200000.Nanti kita akan gatal kepala...menggaru2 kepala yang tak gatal tu.
Bagi yang ingin bina rumah sendiri ni nasihat aku .Kita seharusnya memilik perancangan dengan teliti. Mempunyai perancangan bermakna mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk memiliki rumah sendiri. Seseorang itu boleh mula bekerja keras dan mengatur perjalanan kerjaya atau membuat keputusan perniagaan yang baik supaya dapat menyimpan wang untuk rumah impiannya. Apabila duit dah cukup, barulah anda boleh mendapatkan khidmat arkitek untuk membuat pelan rumah impian anda.
Anda perlu memiliki pelan rumah supaya anda dapat mengira kos pembinaan rumah anda. Selain itu, anda juga dapat membeli simen lebih awal ketika harganya lebih murah.
Pemilik rumah yang merancang untuk membina pelan rumah harus berhati-hati terhadap 5 kesilapan yang boleh berlaku sama ada secara sedar atau tidak sedar. Kesilapan ini amat merugikan anda. Berikut adalah 5 kesilapan biasa pelan rumah yang harus diberi perhatian oleh anda:
1. Membuat pelan rumah tanpa merujuk undang-undang kerajaan tempatan.
2. Bermula pelan rumah tanpa mangambil kira saiz dan lokasi lot dimana rumah tersebut dibina.
3. Membina plan rumah diluar kemampuan kewangan pemilik rumah.
4. Mengurangkan kos plan rumah dengan mendapatkan khidmat nasihat bukan professional.
5. Bergantung kepada pendapat dan keputusan designer rumah tanpa membuat kaji selidik tentang rumah anda.
Membuat pelan rumah bukanlah satu perkara yang mudah dan pemilik rumah akan melakukan kesilapan semasa proses membuat pelan rumah mereka. Walaupun begitu pemilik rumah masih boleh mengelakkan kesilapan sekiranya mereka tahu apa yang perlu dielakkan.
Bagi Kakitangan Kerajaan yang ingin membuat pinjaman perumahan kerajaan sila klik Laman Web PERBENDAHARAAN untuk mengetahui kelayakan pinjaman anda.
Bagi Kakitangan Kerajaan yang ingin membuat pinjaman perumahan kerajaan sila klik Laman Web PERBENDAHARAAN untuk mengetahui kelayakan pinjaman anda.
Hubungi kami bagi mendapatkan khidmat perundingan pembinaan perumahan
No comments:
Post a Comment