Sunday, 15 May 2011

Rumah Idaman, 5 Faktor Penting Sebelum Membeli Rumah

Adakah Rumah Banglo, Rumah Idaman Anda?

Inikah rumah idaman anda........Banglo 1 atau 2 tingkat.

Ramai di antara kita mesti setuju rumah merupakan belian anda
paling mahal dalam hidup anda.

Oleh yamg demikan , perancangan perlu banyak difikirkan dan dilakukan dengan rapi :

  1. Membeli Rumah Idaman Mengikut Kemampuan Anda : Jangan membeli rumah idaman anda sehingga membebankan kita. Kerana bayaran bulanan untuk rumah selalunya lama sehingga berpuluh tahun. Jadi sebaiknya belilah rumah sebelum umur anda 30 tahun.
  2. Pilih Tempat Yang Sesuai : Pertimbang juga, rumah yang jauh dari tempat kerja untuk perbelanjaan yang banyak untuk petrol dan tol (kecuali anda boleh mengguna LRT atau Komuter) Adakah kos ini akan menjadi besar?
  3. Letakan Diri Anda 10-15 Tahun Akan Datang Dan Masa Hadapan : Sekiranya masih bujang, fikirkan adalah mudah sekiranya sudah berumahtangga dan mempunyai anak kelak? Mudah atau jauh untuk menghangtar anak ke sekolah (kos bas atau van) untuk bertahun-tahun. Pastikan dekat tak dengan klinik atau hospital untuk menghantar isteri bersalin dan rawatan kecemasan ketika kita atau keluarga sakit. Dekat dengan surau atau masjid, jumlah bilik diperlukan keluarga, siapakah jiran anda?
  4. Lokasi Rumah Idaman Dan Hartanah : Lokasi, lokasi , Lokasi adalah perkarakunci membeli hartanah atau rumah idaman. Adakah beli untuk tempat tinggal tetap atau untuk buat pelaburan pada masa akan datang. Tetapkan objektif belian rumah anda terlebih dahulu.
  5. Pilih Institusi Kewangan : Pilih Institusi kewangan yang paling bersesuaian dan membeli kadar pinjaman yang terbaik untuk keperluan anda. Jika anda kerja dengan kerajaan pastikan beli rumah seawal mungkin supaya bila pencen rumah telah habis dibayar. Luangkan masa sedikit untuk membuat kajian kadar pinjaman terbaik untuk anda.

No comments:

Post a Comment