Sunday, 15 May 2011

Teknik tona warna bilik tidur


Memang menarik apa yang boleh kita lakukan dengan sedikit perubahan warna. Mengecat atau kemasan kertas dinding sesebuah bilik mampu merubah kawasan kediaman anda sepenuhnya. Bergantung pada warna, ia boleh menimbulkan perasaan yang berbeza, meringankan atau menggelapkan sebuah bilik atau menyerlahkan perabot dalam bilik itu.
1. Sebelum anda mengecat, dapatkan beberapa contoh kad warna yang membantu anda sebelum memutuskan sesuatu warna. Pastikan juga anda mengambil kira perabot yang berada di dalam bilik. Serlahkan bilik anda dengan satu warna yang menyerlahkan pola-pola atau warna bagi perabot. Ia harus selari dengan perabot dan bukan membayangi ia.
2. Tren-tren terkini hari ini banyak kearah cerah, warna-warna bersemangat dengan bilik setiap satu bercat satu warna yang berbeza. Ini benar-benar menjadikan setiap bilik timbul dan teserlah. Jika anda gemar satu gaya gelap atau klasik jangan pulak buat kesilapan dengan dinding-dinding kuning air. Warna itu lembut tetapi terlalu kebudakan.
3. Selain dari diatas, tren ikutan hari ini dengan mengecat satu dinding sahaja didalam bilik. Bagi saya ianya satu idea yang menarik bagibilik-bercahaya-cantik menambah warna didalam bilik tanpa mengecat keseluruhan bilik. Ia nampak lebih bersih dan comel.
4. ubah suai bilik juga satu aktiviti riadah. Serlahkan kreativiti anda untuk terjemahkan diri anda… Siapa diri anda? apa yang anda mahukan? terjemahkannya pada bilik tidur anda. Warna yang anda letakkan didalam bilik tidur juga mampu mengubah perasaan “moods” setiap kali anda didalamnya.
Tiada yang peribadi selain bilik anda. Hiasi sebaik-baiknya, letakkan gambar saat-saat kegembiraan anda dengan keluarga atau kekasih. Gantung atau letakkannya diatas meja solek sebagai pengubat ingatan rindu padanya.

No comments:

Post a Comment